KOPERASI PESARA POLIS JOHOR BERHAD (KPPJB)

Selamat datang Ke Laman Web Koperasi Pesara Polis Johor Berhad (KPPJB)

Selamat datang ke Koperasi Pesara Polis Johor Berhad (KPPJB)
Menjana kejayaan masa hadapan bersama koperasi

"BERSATU KITA MAJU"

SEJARAH KPPJB

Koperasi Pesara Polis Johor Berhad (KPPJB) telah ditubuhkan atas titah Duli Yang Maha Mulia  Sultan Ibrahim Ibni  Almarhun  Sultan  Iskandar Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul  Ta’zim bagi menjana pendapatan persatuan. Dengan sokongan dan kelulusan penuh dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Koperasi berjaya ditubuhkan pada 25 Ogos 2022 dan sehingga  kini telah mempunyai lebih dari 500 anggota yang berdaftar. Keanggotaan adalah terbuka kepada semua ahli Persatuan Pesara Polis Negeri Johor (PPPNJ) dan keluarga dengan modal saham serendah RM 100.00 sahaja.

VISI KPPJB

Menjadikan koperasi ini sebagai sebuah koperasi yang cemerlang diperingkat negeri, negara dan antarabangsa.

MISI

KPPJB berhasrat dan komited untuk memperkukuhkan ekonomi dan pendapatan anggotanya dengan menjalankan aktiviti yang boleh menjana pendapatan yang lumayan.

MATLAMAT

Menyasarkan pendapatan kasar koperasi ini sebanyak RM 15 juta setahun untuk menjadikan ia teguh, kuat dan maju.

OBKJEKTIF

  1. Mendapatkan pendapatan permulaan bersih koperasi sebanyak RM 100,000.00 sebulan.
  2. Menggunakan prinsip “PARETO” – 80/20 rule.
  3. Memastikan kos operasi dan pengurusan sentiasa dalam kawalan.
  4. Memastikan tiada kebocoran maklumat penting berlaku.

 

0 ANGGOTA
Koperasi semasa
 JUTA
Sasaran Jualan Tahunan